Friday, May 13, 2016

Donia Donia

woowww..sibuk betul aku..lama gak laa ak tak mengarang kat dalam blogspot ni..rindu waktu zaman blogspot naik dulu..ada ja member2 update pasal segala macam info..

aku akan tetap cuba untuk pastikan blog ak ni teruih hidup..bagi ak sedikit masa untuk rilek..dan ak akan start mengarang...hehe

Thursday, February 26, 2015

Been a while...

Hi Semua..

Hurm..sejak2 aku kerja di Langkawi..my life quite miserable..
ak dah tak da masa untuk aku explore benda2 menarik yang aku selalu buat tym aku study dlu
tapi sejak2 ni ak terpkir satu bnda..yup! why dont i update about what i have been doing during work?

hahah..when that idea pops in my head, ak teruih beli DiGi Internet Plan..dan ak start akan menulis semula blog..

Baru2 ni ak ada buat satu software yang mna ak rsa simple bapak sangat..aku pon dah lama dah tinggal VB and ak rsa aku patot start balik..

Dlu byak benda yang aku buat and i thought

"Well, tak lupa laa kot, bnda camni senang ja igt" 

well..dont say that, ak dah lupa byak bnda dah ni..

hahah, ak dah kena start belajar balik pasal knowledge2 computer ni since ak masuk balik forum2 yang aku lepak dlu and aku tgk..Wo!! depa semua semakin dasat and ak mcm xda improvement langsung..

Maybe bukan jiwa aku ngan software ni..im more to network-related guy. Tapi nak kata network pon, ak still noob dalam network but hey! i improving myself..hehe..

Blog ni pon ak akan edit sbgai blog personal ja..untuk sekadar aku letak apa yang ak belajar so aku x lupa sbb sekarang ni zaman blog bukan macam dlu dah..dah tak famous dah..

Dengan ini, ak sekali lagi menaip untuk ak post my personal matters. Kalau ada sesiapa yang secara tidak sengaja terkait di dalam blog ni dan ingin post aku di-remove/edit. Please let me know..





Thursday, October 3, 2013

How to create cloud storage using ownCloud

Assalamualaikum semua..
lama sudah saya tidak update blog ni..maklum la..sekarang ni sibuk skit

....

Hari ini saya akan buat satu tutorial untuk buat satu sistem storage dalam network kita.
....

Kebiasaannya kita akan simpan segala benda tak kira ah dari segi peribadi atau tak, ke dalam satu server seperti 4shared, Mediafire, Hotfile dan macam2 lagi jenis server storage.

Kita boleyh upload barang2 kita dari segala macam jenis format seperti .pdf, .gif dan mungkin juga .doc kan? Dalam erti kata lain, jika kita memerlukan fail2 tersebut, kita akan terus download dari internet sahaja kan.

Tapi kita masih perlu berhati-hati sebab segala macam benda yang kita simpan di internet kemungkinan besar orang lain jua akan dapat sama nampak. Jadi eloklah kiranya kalau kita buat satu sistem storage dalam network kita sahaja.

....

Tutorial kali ni aku menggunakan :

  •  Innacomm (suck) Wireless Router
  • Fedora 16 (sebagai server)
  • ownCloud
  • Otak
Jom buat bersama-sama ngan saya..heheh

Langkah yang pertama, bukak la Fedora 16 dulu, bila sudah run Fedora 16 baru boleh kita buat kerja., tak gitu? ( mengarut sudaaa) .

Kemudian, pergi ke Terminal dan taip "su" selepas itu, tekan enter dan masukkan root password yang anda telah set sebelum ni.

Terminal Fedora 16


Ha..anda akan nmpak yang sekarang ini kita telah pon masuk menggunakan Super User ataupon root.
Kemudian, kita akan install web server untuk Fedora 16 kita. Taip "yum install httpd" dan jika Terminal minta anda untuk teruskan untuk download, taip "y" untuk Yes.

Installing Web Server


Selesai siap, anda akan nampak Terminal menunjukkan Complete! , tandanya anda sudah siap download la web server nyer service.. congrats!

Finishing Web Server Installation


Eh jap, tapi btol ka sudah betol2 download? Jom kita check. Taip "service httpd start" kemudian Enter, diikuti dengan "service httpd status" dan Enter lagi..

Restarting Web Server Service


Kalau anda dapat seperti gambar ini bermaksud anda berjaya run httpd service. 
Masih ragu2? Jom taip "ifconfig" dan tgk IP address anda.


Checking IP Address



IP address saya adalah 11.11.11.202. Kemudian pergi ke web browser di Fedora anda, dan taip IP address anda. Got it? Hehehe..

Testing Web Server


kalaw anda dapat seperti gambar diatas bermaksud anda telahpon berjaya! Sebenarnya kita boley edit webpage mengguna httpd ni, nanti kitabuat tutorial okay?! Hehehe..


Berbalik kepada cloud storage, lpas sudah abis download web server, kita perlu download php plak, jom taip "yum install php php-mbstring php-pear". Selesai install, Terminal anda akan jadi seperti ini.

Installing PHP


habis bab pendahuluan, jom kita download owncloud nyer repo dlu..hehehe.. taip "wget http://download.opensuse.org/repositories/isv:ownCloud:community/CentOS_CentOS-6/isv:ownCloud:community.repo -P /etc/yum.repos.d"

Hasilnya anda akan dapat seperti ini...

Installing ownCloud Repositories 


Selepas download repo, jom kita download owncloud!! 
Taip "yum install owncloud"

Downloading ownCloud


Setelah selesai, anda akan lihat Terminal anda jadi seperti ini.

Finish Installing ownCloud


kemudian pergi ke Terminal anda dan taip "service httpd restart"

Restarting service


Tips: sebarang edit atau apa2 saja perubahan yang korang buat perlulah restart service tersebut.
Sekarang bukak web browser anda, dan taip IP address ( mcm tadi ) /owncloud. Contoh , 11.11.11.202/owncloud

ownCloud GUI


dari sini anda akan create Admin account, contoh jom kita try admin dan pass "lembu" kemudian tekan Finish button

Jika anda berjaya, anda akan dapat paparan seperti dibawah.

ownCloud Main Menu


Tara!! siap sudaa..jom kita try upload something...pergi ke arrow yg menghala ke atas untuk upload..

pilih file anda untuk di upload, dan tekan OK.

Upload to ownCloud


See? file anda sudah berada di cloud storage anda.. tahniah!

Successfully Upload!


Jom kita tgk function yang paling aku suka..hehehe.. dari sni, Admin boleh control brapa user dia nak create, and brapa capacity space yang dia nk bg untuk user tu.

Administrative Control


Sekian, terima kasih ..

P/S: Juga ley masukkan IP address kat web browser di handphone anda untuk download/upload ke server cloud

Download PDF Version dihttp://adf.ly/WoYXn

Sunday, August 4, 2013

Setup network di bilik C.CUBE dan Networking Room

Assalamualaikum..
alhamdulillah...sudah hampir genap sebulan kita sebagai umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan.
Dalam post kali ni, aku akan ceritakan serba sedikit tentang projek yang aku dan beberapa rakan kelas aku laksanakan sebelum bulan puasa.

Projek yang diberi oleh En Abd Rahman ni adalah bagaimana untuk setup bilik yang dilengkapi internet yang ada client 20 PC, dan juga bahagian server 4 PC. Dalam erti kata lain, tajuk projek kami adalah "Client-side VS Server-side"

Pada permulaannya agak sukar untuk kami paham konsep cara networking memandangkan hanya segelintir sahaja rakan-rakan kelas yang mempunyai basic dalam networking. En Rahman mahu 2 bilik ( C.CUBE Room dan Netwoking Room) boleh menggunakan internet. Detail-detail tentang keadaan dan perancangan projek ada kat bawah ni.


  • C.CUBE Room ada 4 PC, ada satu router 3COM
  • Networking Room ada 20 PC, tiada punca internet
  • Kedua-dua bilik ni ada satu server rack.
Oleh itu, kami bercadang untuk membuat C.CUBE Room sebagai kami punya punca internet (server-side) dan bilik networking sebagai penerima ( client-side ).

Bagaimana untuk menyambungkan kedua-dua bilik ini? 

Idea yang kami utarakan adalah dengan menggunkan tulang belakang ( Backbone ) yang di tarik daripada bilik C.CUBE melalui siling dan akan bertemu dengan bilik Networking. 

Walau bagaimanapun, En Rahman mahukan kekemasan dalam setup masalah ni. Oleh itu, kami telah membuat design dan di terima oleh En Rahman


Ini adalah lakaran yang simple sahaja memandangkan aku memang tiada seni dalam Paint. Kami design menggunakan pensil sahaja pada ketika itu. Anyway back to the topic, bagaimana cara pergerakan design kami ini?

Okay, bermula dari sebuah PC, kita akan nampak satu network card kat belakang, dari situ, sambung satu patch cord ke faceplate. Jarah dari PC ke faceplate haruslah dikira terlebih dahulu untuk memastikan cable yang di tarik, sampai ke faceplate. 

Pada bahagian faceplate, cari satu cable UTP dan punch masuk menggunakan punch-down tool ke dalam modular jack ( mod-jack) .Pada mod-jack ada tercatit di situ sama ada anda ingin punch menggunakan Category A mahupun Category B.


Ha...yang benda kaler putih itu adalah mod-jack, biru itu adalah cable UTP, dan yang kaler putih + biru tu adalah punch-down tools. 

Selesai siap punch, masukkan modular jack kedalam faceplate tersebut. Pada penghujung cable UTP tersebut, punch satu lagi ke dalam modular jack.

Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa perlu punch? kenapa tidak direct terus ke dalam switch.
Jawapannya ada;ah kerana kekemasan dan lebih mudah untuk tujuan maintenance. 

Selepas selesai punch, pada satu lagi bahagian modular jack haruslah di letakkan kepada bahagian patch panel di server rack.

Di server rack, ada beberapa bahagian yang perlu kita tahu iaitu: 
  • Cable Manager
  • Patch Panel
Cable Manager adalah untuk kita manage cable kita agak keadaan cable lebih teratur dan tidak berselerak semasa penyambungan ke switch.

Patch panel pula adalah dimana kita meletakkan modular jack kita yang datang daripada faceplate. Terdapat number yang di print skali padanya.


Ini la rupa satu lagi modular jack yang kami letak pada patch panel. Kemudian, dari bahagian hadapan modular jack tersebut, sambung satu patch cord lalu ikut cable manager dan sambung ke switch. 

Setel! ulang untuk kali ke 20 untuk 20 PC.. :P

bagaimana cara untuk sambung ke bilik sebelah? pastikan anda membuat satu backbone untuk melalui siling dan sambung sahaja menggunakan konsep modular jack td..

Ini ada beberapa sampingan gambar yang saya sempat selitkan..

di C.CUBE room

Faceplate yang ada skali modular jack

Faceplate yang siap

Barang-barang untuk networking

di Networking room


Sekian.





Tuesday, June 18, 2013

Another day at KISMEC

Salam

harini seperti hari sebelumnya, kami hanya mengadap di hadapan komputer dan diberikan tugasan untuk membuat blog.

Keadaan di KISMEC ni syok baq hang..hahah..contohnya mcm sblah kelas aku..ada satu PC ni dorg built lam aquarium named "PC Aquarium"

Ni first time la jgak aku tgk PC running dlam ayaq..tertarik gilaa..heheh..nnt nak bwat ah.. minx trainer2 kat sni ajarkan..hehehe..

dalam kelas WiFi
gmbaq kat atas ni suasana lam kelas kami..rilek jaa..tenang ja blajaq..blajaq pon x tekanan..hahaha..

sekarang kami diberi tugasan untuk bwat satu paperwork untuk jalankan satu aktiviti selepas bulan Ramadhan ni..heheh..mcm biasa ah aku, aku akan suggest tmpat faveret aku iaitu Pantai Kerachut.

Pergghh! Pantai ni mmg terbaik setakat ni aku p perkhemahan. Kalau dorg nk sruh aku suggest..mmg pantai ni la yang akan aku suggest sbab ak ley describe dari A-Z tmpat ni camna.., cara jalan, suasana n aktiviti bagai..hehehe

Petang ni klaw ada free aku akan trun maen bola macam kelmarin..klaw x sempat or x larat, dok umah tidoq sudah ah,,tp kdang tu mlas la jgak nk trun..hahah..sedap tdo kat rumah..

Maybe takat ni saja la kot.., sronok woo..dpat kawan2 baru..hehehe..sekian..