Friday, August 10, 2012

IPSec Virtual Private Networks (VPNs) : Apa itu VPN?

Assalamualaikum..
harini aku akan gebang serba sedikit tentang VPN dari apa yang aku faham. Penerangan aku kali ini berdasarkan buku oleh Tom Thomas, daripada Cisco System.

Mungkin ramai yang sudah tahu tetapi aku yakin ada juga yang tidak tahu, termasuk lah aku suatu ketika dahulu. hahaha..



Sekarang pon aku bukannya mahir sangat pasal VPN sebab tak pernah beli mana - mana VPN berbayar sebelum ni. Tetapi mengikut kefahaman aku, menggunakan VPN boleh membuatkan


  • Internet anda menjadi lebih pantas
  • Jejak anda tidak dikesan di internet

Yup, jejak. Ini adalah salah satu kenapa ramai kebanyakkan kita menggunkan VPN. Baiklah, enough with introduction, meh aku gebang plak pasal teori.

Anda punya network ( LAN ) adalah salah satu daripada pulau yang ada di lautan (Internet). Anda juga tahu bahawa dalam lautan itu, wujud juga pelbagai pulau. Oleh kerana itu, jika anda ingin ke pulau-pulau tertentu, kamu mestilah menaiki ferri (TCP/IP) dan pergi ke website-website lain.

Sekarang anda sedang berada di atas feri (TCP/IP) dan berlayar di atas lautan (Internet) untuk ke pulau - pulau (LAN) yang mana di atas pulau itu ada website-website. Okay, jom kita bayangkan berapa orang yang akan menaiki feri tersebut untuk ke pulau yang berkaitan (sebagai contoh jom kita amik pulau PTSB.edu.my).

Mungkin sedikit, dan mungkin ramai (tambah2 bila kuar result). Masalah yang yang mungkin timbul adalah tiada jaminan keselamatan dan juga tiada privacy jika anda ingin ke pulau (website) tetapi orang laen sedang memerhatikan gerak geri anda.

Oleh itu, apa salahnya sekiranya dari pulau anda itu, anda keluarkan sedikit duit dan beli sebuah jambatan (VPN) untuk pergi ke pulau - pulau yang laen. Jambatan yang kita bina ini haruslah lebih menyenangkan, lebih selamat.

Ya saya setuju sekiranya ada yang berkata ianya agak mahal dan untuk membina dan menjaga jambatan ini walaupon pulau yang ada hendak jejaki itu dekat sahaja. Tapi keselamatan dan privacy anda di lautan perlu juga dititik beratkan!

Sebab itulah kebanyakkan syarikat menggunakan VPN sebagai pilihan mereka kerana dengan cara ini, laluan yang mereka lalui adalah lebih selamat dan pantas antara syarikat cawangan dan syarikat utama mereka.

Berikut adalah beberapa VPN yang ada di atas internet anda:


  1. OpenVPN
  2. PacketiX.NET
  3. UltraVPN 
  4. Hotspot Shield
  5. TorVPN


list di atas adalah VPN yang free. Sekarang ini jom kita lihat balik cerita jambatan dan pulau tadi. Bayangkan jika anda ada sebuah jambatan dan jambatan yang anda bina itu free..hahah..

Oleh itu, saranan saya sekiranya anda ingin lebih secure dan privacy, dinasihatkan agar anda menggunakan jambatan yang berbayar, available di dalam internet.

No comments: