Sunday, August 4, 2013

Assalamualaikum..
alhamdulillah...sudah hampir genap sebulan kita sebagai umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan.
Dalam post kali ni, aku akan ceritakan serba sedikit tentang projek yang aku dan beberapa rakan kelas aku laksanakan sebelum bulan puasa.

Projek yang diberi oleh En Abd Rahman ni adalah bagaimana untuk setup bilik yang dilengkapi internet yang ada client 20 PC, dan juga bahagian server 4 PC. Dalam erti kata lain, tajuk projek kami adalah "Client-side VS Server-side"

Pada permulaannya agak sukar untuk kami paham konsep cara networking memandangkan hanya segelintir sahaja rakan-rakan kelas yang mempunyai basic dalam networking. En Rahman mahu 2 bilik ( C.CUBE Room dan Netwoking Room) boleh menggunakan internet. Detail-detail tentang keadaan dan perancangan projek ada kat bawah ni.


  • C.CUBE Room ada 4 PC, ada satu router 3COM
  • Networking Room ada 20 PC, tiada punca internet
  • Kedua-dua bilik ni ada satu server rack.
Oleh itu, kami bercadang untuk membuat C.CUBE Room sebagai kami punya punca internet (server-side) dan bilik networking sebagai penerima ( client-side ).

Bagaimana untuk menyambungkan kedua-dua bilik ini? 

Idea yang kami utarakan adalah dengan menggunkan tulang belakang ( Backbone ) yang di tarik daripada bilik C.CUBE melalui siling dan akan bertemu dengan bilik Networking. 

Walau bagaimanapun, En Rahman mahukan kekemasan dalam setup masalah ni. Oleh itu, kami telah membuat design dan di terima oleh En Rahman


Ini adalah lakaran yang simple sahaja memandangkan aku memang tiada seni dalam Paint. Kami design menggunakan pensil sahaja pada ketika itu. Anyway back to the topic, bagaimana cara pergerakan design kami ini?

Okay, bermula dari sebuah PC, kita akan nampak satu network card kat belakang, dari situ, sambung satu patch cord ke faceplate. Jarah dari PC ke faceplate haruslah dikira terlebih dahulu untuk memastikan cable yang di tarik, sampai ke faceplate. 

Pada bahagian faceplate, cari satu cable UTP dan punch masuk menggunakan punch-down tool ke dalam modular jack ( mod-jack) .Pada mod-jack ada tercatit di situ sama ada anda ingin punch menggunakan Category A mahupun Category B.


Ha...yang benda kaler putih itu adalah mod-jack, biru itu adalah cable UTP, dan yang kaler putih + biru tu adalah punch-down tools. 

Selesai siap punch, masukkan modular jack kedalam faceplate tersebut. Pada penghujung cable UTP tersebut, punch satu lagi ke dalam modular jack.

Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa perlu punch? kenapa tidak direct terus ke dalam switch.
Jawapannya ada;ah kerana kekemasan dan lebih mudah untuk tujuan maintenance. 

Selepas selesai punch, pada satu lagi bahagian modular jack haruslah di letakkan kepada bahagian patch panel di server rack.

Di server rack, ada beberapa bahagian yang perlu kita tahu iaitu: 
  • Cable Manager
  • Patch Panel
Cable Manager adalah untuk kita manage cable kita agak keadaan cable lebih teratur dan tidak berselerak semasa penyambungan ke switch.

Patch panel pula adalah dimana kita meletakkan modular jack kita yang datang daripada faceplate. Terdapat number yang di print skali padanya.


Ini la rupa satu lagi modular jack yang kami letak pada patch panel. Kemudian, dari bahagian hadapan modular jack tersebut, sambung satu patch cord lalu ikut cable manager dan sambung ke switch. 

Setel! ulang untuk kali ke 20 untuk 20 PC.. :P

bagaimana cara untuk sambung ke bilik sebelah? pastikan anda membuat satu backbone untuk melalui siling dan sambung sahaja menggunakan konsep modular jack td..

Ini ada beberapa sampingan gambar yang saya sempat selitkan..

di C.CUBE room

Faceplate yang ada skali modular jack

Faceplate yang siap

Barang-barang untuk networking

di Networking room


Sekian.





md duan . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates