Saturday, December 16, 2017

Hi semua musibat kali amput!

Pada 9.12.2017 (Sabtu) yang lalu aku perlu menghadiri satu majlis perkahwinan kakak kawan aku di Pulau Langkawi. Pada mulanya aku nak naik flight jer sebab senang and tak kalut sangat nanti bila di tiba, sebab dah dekat dengan Ulu Melaka (member aku tu stay kat Ulu Melaka).

Then, dua hari sebelum pergi ke Langkawi barulah aku start Google (biasa ah jenis kerja last minute ni) untuk cari bilik area Pantai Cenang yang murah-murah. Dan juga aku tengok price untuk naik feri dari Swettenham Pier.

Suasana malam di Finno's Guesthouse
Hasil pencarian aku melalui Booking.com aku jumpa la satu bilik ni nama Finno's Guesthouse. Harga untuk semalam bagi bilik ni adalah RM20. Murah dak? Actually ni first time aku try guesthouse ni, Sebelum ni aku stay kat He & She Mixed Dormitory Langkawi.

Sebelum aku go on dengan trip aku ni, meh aku cerita sedikit review untuk Finno's Guesthouse ni. Jalan untuk ke guesthouse ni agak ke dalam, tapi tak la dalam mana sebab dia still area Pantai Cenang. Environment? Err..sorry, bau taik kucing merata-rata. Hahahah..padu siot. Untuk nyamuk pulak, alhamdulillah so far okay, sebab mereka menggunakan jaring halus tu, so nyamuk memang tak lepas masuk apatah lagi badak sumbu. Bagi dormitory, satu bilik tu ada 4 katil double decker ah, so muat satu bilik tu 8 orang. Bilik hanya dilengkapi dengan kipas. Bagi aku berbaloi la dengan harga RM20 tu, jenis aku tak kisah sangat asalkan boleh bermalam sudahhh.

Meanwhile, He & She Mixed Dormitory pula, yang aku pergi waktu bulan 3 pada tahun yang sama, berharga RM28. Dorm ni bagi aku amatlah selesa dan sangat berbaloi untuk stay. Bilik dilengkapi dengan air-conditioner dan terletak betul-betul di jalan utama Pantai Cenang. Keluar-keluar pintu ja leh nampak orang berniaga dah. Tandas pon okay, nyamuk memang tak jumpa walaupon seekor.

Dah, jom sambung pasal trip aku ni. Aku beli tiket dari Pulau Pinang ke Langkawi berharga RM70 so kalau return tiket RM140 la (Harga pada bulan 12 tahun 2017). Feri start bertolak pada 830 pagi, thus aku perlu ada disana pada pukul 8 pagi.


RM 70 untuk ke Pulau Langkawi dari Pulau Pinang menaiki feri


Tibanya hari yang dinantikan iaitu hari Sabtu, aku bawa motor EX5 aku dari Kulim and park kat area Esplanade Park, Padang Kota Lama. Aku tiba agak awal and dah tenggelam punca nak buat apa. Tunggu punya tunggu sampai la pukul 8, aku terus masuk.

Feri yang mengambil masa lebih kurang hampir 3 jam ni boleh dikatakan selesa. Feri ni akan stop dahulu di Taman Laut Pulau Payar, so kalau sapa yang first time nak jejak Langkawi tu jangan dok buat musibat kali amput plak pi turun kat sini, nanti hgpa nak beli ceklat Haji Ismail macam mana, sini mana ada apa. Chalet ke apa ker semua takda coz dorg nak pelihara lautan tersebut. And hgpa leh tengok la keadaan laut Pulau Payar tu, memang cantik.

Pulau Payar

Aku tak ingat aku tiba kat Langkawi pukul berapa, and sampai-sampai sana jer terus aku cari motor untuk aku sewa. Nak cari kenderaan untuk disewa ni tak kalut, sebab hgpa turun jer terus macam segerombolan semut mengelilingi hgpa untuk sewakan kereta.

Aku dapat satu motor scooter ni dengan harga RM35 (aku taktau rate time tu, and aku rasa macam berbaloi jer)


Yamaha Solariz 125 RM35 / day

Terus aku drive berbekalkan minyak yang masih ada di dalam motor ker Ulu Melaka hahaah, aku lepak kat sana agak lama, then aku g ke Pantai Cenang untuk check in,

Aku diberi tuala mandi and selimut, and receptionist memang baik. Aku letak barang-barang aku and terus aku keluar lepak Pantai Cenang, (sekadar cuci mata jerr)


Suasana petang di Pantai Cenang
Malam tu aku keluar gi makan kat De Baron Resort Langkawi, makan Fish n Chips bersama dengan aiskrim sambil di temani oleh angin pantai. Hehehe..harga tak ingat la tapi murah jer kat situ, lebih kurang harga semasa.
Lagi suasana di Pantai Cenang
Then aku pergi balik dorm and terus nak tidur, pastu badan jadi tak leh tidur ah sebab new environment. Aduyai..

Aku pon keluar laa jalan kaki ke Pantai Cenang. Perghh..suasana malam di Pantai Cenang memang best. Ada yang main api, ada yang main lompat galah..hahaha

Then, dah penat jalan ke hulu ke hilir, aku pon dahaga, aku stop la kat satu kedai ni , theme reggae.
Niat hati nak makan pizza tapi time tu pizza punya chef takda pulak dah.


Kedai ni bukanlah kedai pon, dorg set up warung kat pasir-pasir pantai camtu jerr..kiranya untuk santai-santai laa.

Hmm..aku pon order la juice apple, and rilek main whatsapp kat situ hampir sejam. Agak mata dah mula mengantuk tu, aku pon nak bayar, alangkah terkejut beruk-beruk aku sebab harga RM10, demm. Tapi still okay ah sbb bandar perlancongan kan.. (nasib baik tak order pizza).

Keesokkan paginya aku ready-ready and terus belah dari Langkawi, sebelum tu macam biasa lah, kalau orang tau kita pergi Langkawi, mesti nak tempah macam-macam. Hahaha, aku bab ni yang lemah ni, satg beli tak cukup la apa laa, orang ni tak dapat lah

Lepak layan dulu
So aku memang jenis tak bagitau sangat aku nak pergi Langkawi, kalau tak habis 30kg bawak balik ceklat sahaja. Time nak balik tunggu feri tu, sekali lagi dahaga. Kalau aku tak minum sekarang, jenuh tahan lagi 3 jam..so aku decide untuk beli area Jetty Point tu jer. Then, head up to Manager's Coffee, aku pilih Hazelnut Latte and lepak minum dulu sampai habis and terus aku masuk.

Time kat kastam ni aku dah "alaa..malasnya lalu kastam ni, ". Pastu aku nampak satu group ni masuk, aku pon selit celah-celah dorg dan lepas tanpa pemeriksaan kastam. Tadaaa! Hahaha..dalam masa yang sama aku nampak Check In counter untuk ke Pulau Pinang. aku pon "Q" sekali dengan dorg dan balik!

Receipt pembelian
Sekian entri yang tak seberapa ni,




md duan . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates